Sunday, 13 April 2014

Tokoh Usahawan Berjaya

1. Tan Sri Tony Fernandes



Tokoh usahawan yang saya pilih ialah Tan Sri Tony Fernandes yang kini berusia 50 tahun,  dilahirkan pada 30 April 1964 kepada suatu keluarga campuran Portugis Goa (India) dan Portugis Melaka. Bapa beliau bernama  Dr. Stephen Edward Fernandes dan Ibu beliau, Ena Dorothy Fernandez. Semasa kecil beliau kerap kali mengikuti ibunya, seorang peniaga kecil kecilan, ke majlis majlis para  peniaga tupperware. Dalam usia 13 tahun beliau  melanjutkan persekolahan di England  pada tahun 1977 dan seterusnya lulus di London School of Economics pada  tahun 1987. Beliau mulai alam perkerjaan di Virgin Atlantic sebagai auditor, kemudian sebagai kontroller kewangan di sebuah syarikat dimilik oleh Richard Branson, iaitu Virgin Record sehingga 1989. Sekembalinya  ke Malaysia beliau dilantik sebagai pengarah urusan Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.  Sewaktu bertugas di syarikat ini beliau berjaya mencetus suatu  ‘revolusi’ dalam muzik etnik, nasyid dan dangdut kedalam arus perdana muzik tanah air. Beliau berkhidmat dalam kumpulan ini dari 1992 sehingga 2001, akhir sekali memegang jawatan vice  presiden kumpulan  bagi kawasan Asia Tenggara.
2. Datuk Wan Muhammad Sani Bin Salleh



Tokoh usahawan yang saya pilih ialah dalam bidang Hotel and Travel Industry iaitu Datuk Wan Mohammad Sani Bin Salleh. Beliau merupakan usahawan muda yang disegani dan dihormati kerana beliau telah berkecimpung dalam bidang keusawahanan sejak berumur 33 tahun lagi. Sedikit latar belakang tentang beliau yang dapat kami simpulkan di sini di mana beliau dilahirkan pada 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Beliau kini berumur 37 tahun dan telah mempunyai 3 jenis perniagaan yang berbeza. Beliau merupakan anak keempat daripada enam orang adik beradik. Beliau telah menamatkan zaman bujangnya ketika berumur 35 tahun dan telah berkahwin dengan wanita pilihan hatinya Fatimah Dalilah pada 10 Oktober 2010. Beliau mendapat pendidikan Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej Sunway pada tahun 1994. Beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd). Sepanjang berkecimpung dalam bidang ini, beliau telah memperoleh pencapaian yang baik sekaligus telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009), Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009), dan Usahawan Muda Berjaya 2011 oleh Kolej Polytech Mara (KPTM).

3. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary


Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan beliau ialah anak ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Hal ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.

Latar belakang kehidupan
Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan beliau ialah anak ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan Al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan
Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s. 
Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi. Beliau mula berkecimpung dalam perniagaan sejak berumur 19 tahun dengan hanya menjual lembu dan kerbau sahaja. Beliau memperoleh kekayaan sebanya RM1,425 juta dan beliau merupakan usahawan ke-7 yang terkaya di Malaysia serta usahawan ke-32 terkaya di Asia Tenggara. Beliau mempunyai syarikat besar seperti MMC, Pelabuhan Tanjung Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muamalat. Walaupun beliau merupakan usahawan terkenal dan terkaya namun beliau hanya menggunakan kereta Proton Perdana. Beliau menunjukkan sikap bersederhana dalam kehidupan dan tidak menunjuk-nunjuk. Antara sumbangan sosial beliau sepanjang berkecimpung dalam bidang usahawan ialah beliau membuka Yayasan Al-Bukhary iaitu institusi pengajian untuk 3000 orang pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan M1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun pernghantaran rakyat Malaysia yang tidak mampu untuk menunaikan haji.