Sunday, 23 March 2014

ARTICLE - Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

1. Syarikat Faiza Sdn.Bhd


Faiza Marketing Sdn Bhd (442060-U) 

Lot 15-11 & 15-12,
Blok B, Komppleks Kilang SME Bank,
No 15, Jalan Wawasan Utama, 
Kawaasn Industri Sri Gading II,
83000 Batu Pahat, 
Johor, Malaysia.

Email
 spice@faizaspices.com  

Website        
www.faizaspices.com

Telefon : 607-4556609        FAX : 607-4556608

Tol Free  :  1-800-227742

Kisah dan Pengalaman

“SAYA nak jadi pembayar zakat terbesar di negara ini.” dan dia dah berjaya pun sekarang.
Seperti yang kita sedia maklum, Syarikat Faiza Sdn. Bhd merupakan penaja program realiti di TV3 bertajuk Bersamamu.Pengasas syarikat ini merupakan anak kelahiran Negara Mesir dan berhijrah ke Malaysia mengikut arwah suaminya, Abu Bakar setelah mempunyai seorang anak.Kini beliau mempunyai seramai tujuh orang anak. Nama beliau ialah Faiza Bawumi Sayed Ahmad, anak sulung daripada tujuh orang adik beradik, berumur 68 tahun.Bapanya seorang 
tahfiz dan peniaga kedai makanan di Mesir. Menurut beliau, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.Beliau membangunkan syarikatnya daripada bisnes runcit biasa yang dijalankan di rumah menjadi antara pemborong beras yang terkemuka di Malaysia.Ibu pejabat Syarikat Faiza Sdn. Bhd kini terletak di Batu Pahat Johor. 

Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, Faiza tetap meluangkan masa untuk melakukan kerja amal termasuk memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Pemborong Beras Bumiputera Malaysia, Pengerusi Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Batu Pahat, Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Batu Pahat (Penger usi Biro Kebajikan) dan pemegang amanah anak yatim Batu Pahat. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya´.Sebelum Syarikat Faiza berada pada tahap sekarang pelbagai cabaran dilalui oleh Puan Faiza.Selepas berhijrah ke Malaysia kerana mengikut suaminya, bermulalah cabaran hidup anak kelahiran Mesir ini sebelum menjadi seorang usahawan yang berjaya. 



Puan Faiza mula memikirkan aktiiti berfaedah yang dapat beliau buat bagi mengisi masa lapangnya.Puan Faiza dapat berbahasa Melayu dalam masa hanya tiga bulan kerana sifat beliau yang peramah dan suka bergaul dengan jiran jirannya.Antara aktiviti awal yang beliau lakukan adalah mengambil upah menjahit sulaman bermodalkan RM4.00, membeli kain ela dan membuat baju gaun untuk anak-anak kecil jirannya. Kemudian beliau menghasilkan set sarung bantal. Hasil jahitannya yang cantik dan kemas dijual kepada kawan-kawannya. Seterusnya, beliau berniaga set ensiklopedia, diikuti bisnes pinggan mangkuk. Melalui bisnes kecil kecilan ini, beliau menabung wang bagi menjadikan modal bisnes seterusnya. Ketika tinggal di Mersing, Puan Faiza ni berminat pula menghasilkan rempah kari. Beliau membeli pelbagai rempah ratus seperti ketumbar, jintan, halba, cili kering, cengkih dan sebagainya untuk membancuh ramuan ramuanitu bagi menghasilkanrempah kari ikan dan daging. Semuanya dilakukan sendiri, daripada mencuci, menjemur dan menggoreng rempah ratus tersebut. Kemudian beliau menghantarnya ke kedai bagi dikisar. 



Selang beberapa tahun kemudian, Puan Faiza membeli pula sebuah mesin pengisar dan sebuah kedai.Pada tahun 1982, Syarikat Faiza secara rasminya ditubuhkan. Beliau mengembangkan perniagaan dengan memohon lessen pemborong beras kerana mendapati pemborong beras ramai terdiri daripada kaum lain. Para pelanggan yang melanggan rempah-rempah beliau turut membeli beras daripadanya. Pada tahun 1992, syarikatnya bertukar entiti perniagaan menjadi syarikat Sdn. Bhd. Pada tahun 1999 pula syarikat itu menjalankan usahasama dengan Bernas dan menjadi ahli kumpulan Bernas. Kini, kilang beras Faiza beroperasi di tapak seluas 40 000 kaki persegi dan menggunakan peralatan berteknologi tinggi. 

Kehidupan

PuanFaizah yang suka hidup bermasyarakat berkata, semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah. Sebab itulah, syarikatnya bekerjasama dengan TV3 selaku penaja utama sejak lapan tahun lalu menerusi program Bersamamu. Dari segi kehidupan berkeluarga, Faizah menerapkan pendekatan supaya anak-anaknya hidup berdikari. Sejak kecil anak-anaknya dilatih menjual dan mereka mendapat upah.

Bagaimanapun katanya, pendidikan menjadi keutamaan dan mereka diberi peluang menuntut ilmu setinggi mungkin. “Bukan semua anak saya terlibat dalam perniagaan, anak sulung dan kelima menjadi pensyarah dan lima yang lain membantu Syarikat Faiza,” katanya. Bercerita tentang pengalaman menguruskan perniagaan tersebut, beliau pernah menangkap pekerja yang menipu dan mencuri. “Macam-macam cara orang hendak menipu dan saya pernah menangkap pekerja yang menjual guni beras yang dimasukkan ke dalam lori. Guni beras ini harganya mahal di pasaran,” katanya.



Ketika kebanyakan wanita yang seusianya berehat di rumah, Faiza pula sibuk merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam perniagaan beras di negara ini. Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut bertungkus-lumus menentukan operasi syarikat berjalan lancar. Wanita ini turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat, di sini yang akan dibina tidak lama lagi katanya kepada Utusan Malaysia di sini. Semangat berniaga bagi wanita yang berasal dari Mesir ini telah tertanam sejak kecil lagi kerana bapanya adalah seorang peniaga kedai makanan. Beliau tidak menyangka pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya dahulu telah mendorongnya bergiat serius sebagai peniaga. Menurut Faiza, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.


Menurut Faiza, beliau datang ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya. Disebabkan sikapnya yang tidak betah duduk diam, dia mengambil upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur. Faiza kemudian membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai. “Sebelum saya menjual beras, saya terpaksa pergi dari rumah ke rumah bertanyakan sama ada pelanggan mahu membeli beras sekiranya saya menjualnya,” katanya.Beliau kemudian memohon lesen pemborong beras dan menjual beras pelbagai jenis termasuk Ponni, Basmathi, beras Wangi, beras Siam. Dalam tempoh sembilan tahun, perniagaan beras keluaran syarikatnya mendapat sambutan baik. Katanya, daripada hanya dikenali di sekitar negeri Johor, jenama Beras Faiza melebarkan sayapnya ke Melaka dan Kuala Lumpur.



Tip Kejayaan Puan Faiza

1. Bangun tidur pukul 4:30 pagi setiap hari dan tidur awal sekitar pukul 10:30 malam.
2. Tidak lupa membaca Al-Quran setiap hari.
3. Niat beliau untuk berniaga bukanlah untuk menjadi kaya raya, tetapi untuk membantu ,masyarakat di negara ini seramai mana yg boleh agar mereka juga dapat merasa rezeki yg diperolehi. Syarikat Faiza muncul di antara syarikat yg paling tinggi membayar zakat di Malaysia.
4. Mengamalkan solat sunat Dhuha dan tidak lupa membaca surah Al-Waqiah.
5. Menganggap semua pekerjanya sebagai anak sendiri.
6. Tegas dengan pekerja yang bermasalah.

Rujukan 
http://aneysahans.blogspot.com/2011_03_01_archive.html
http://iksprofile.blogspot.com/2012/05/syarikat-faiza-sdn-bhd.html

2. Nurul Food Industry Enterprise




Ia bermula dari rumah dan maju setapak apabila berjaya menyewa kilang kecil bersama usahawan lain sebelum mengukuhkan kedudukan dengan beroperasi di kawasan industri kecil dan sederhana (IKS) di Demak Laut Industrial Park, di sini.
Bunyinya cukup mudah. Namun bagi pemilik Nurul Food Industry, Salmah Ajis, perkembangan perniagaannya itu menuntut pengorbanan besar serta kecekalan yang tinggi dalam berdepan dengan apa jua cabaran.
Walaupun sekadar berpendidikan sehingga tingkatan lima dan langsung tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai perniagaan, ibu tiga anak ini menyahut cabaran untuk mengukuhkan ekonomi keluarga bermula pada Ogos 1999.
Selepas 12 tahun, beliau kini boleh tersenyum melihat produknya berjaya mendapat tempat di pasaran tempatan seperti kedai runcit, pasar, sekolah dan pasar mini serta pasar raya.
Ditemui di kilangnya baru-baru ini, Salmah yang merupakan ahli Persatuan Nelayan Asajaya/Semera berkata, apabila permintaan semakin meningkat, beliau mendapatkan bimbingan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk meningkatkan pengeluaran.
Katanya, beliau mendapat bantuan Geran Peralatan Projek Berimpak Tinggi (HIP) pada 2009 dan setahun selepas itu menerima bantuan RM30,000 untuk membesarkan perusahaannya.
“Bantuan yang diterima pada 2008 serta program mempelbagai serta menambahkan pendapatan pada 2009 selain dinaik taraf kepada HIP oleh LKIM pada tahun yang sama telah membolehkan saya menghasilkan produk berasaskan isi ikan dan sos cili,” katanya.
Antara produk yang turut dihasilkan oleh Nurul Food Industry ialah sos cili ikan tahai, sos cili udang, sos cili, sos tomato, cili boh, kuah rojak dan surimi.
Urus niaga perusahaan itu mencecah antara RM200,000 dan RM300,000 setahun, sekali gus melayakkan beliau mendapat tempat pertama Anugerah Usahawan Jaya sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Sarawak 2011 di Bintulu, baru-baru ini.
Kejayaan itu merupakan pengiktirafan kepada Salmah sebagai seorang usahawan berjaya yang menjadi contoh serta model bagi usahawan kecil lain yang mengimpikan kejayaan serupa.
Berkongsi pengalamannya dalam dunia keusahawanan, Salmah berkata, seorang usahawan perlu mempunyai sifat dan nilai seperti berani mengambil risiko, berfikiran terbuka dan inovatif.
Katanya, mereka juga mestilah berfikiran luas dan bertindak dengan cekap serta berupaya membuat keputusan dengan cepat dan berkesan.
“Semua sifat ini perlu ada dalam diri seseorang usahawan dan sikap tidak mudah mengalah adalah kunci kepada kejayaan saya,” katanya.
Di sebalik kejayaannya dalam bidang perniagaan itu, Salmah juga tidak terlepas daripada berdepan dengan pelbagai ujian dan kesukaran.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak berputus asa dan sebaliknya menjadikan kesukaran itu sebagai panduan dan pengajaran untuk melakar lebih banyak kejayaan dalam perniagaan.
“Saya pernah ditipu oleh pembekal sehingga mengalami kerugian RM25,000, jumlah yang besar bagi usahawan kecil seperti saya .
“Saya juga pernah ditipu pembeli yang membeli menggunakan kaedah runcit tetapi produk yang diambil tidak dibayar walaupun selepas habis dijual,” katanya.

Rujukan: 
  1. http://iksprofile.blogspot.com/2012/06/nurul-sos.html
  2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_01.htm
3. Ramly Food Prosessing Sdn.Bhd



Alamat:

Ramly Food Processing Sdn Bhd
No.1 - 4, Jalan 37/10A,
Taman Perindustrian IKS Mukim Batu,
68100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-6184 2972
Fax: 603-6187 4924
Email:rfpsb@ramly.com.my

Produk
RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD adalah industri Bumiputra yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama RAMLY.

Diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato' Haji Ramly B. Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. Kini syarikat ini telah mempunyai kilang pemerosesan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan daripada pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama RAMLY kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan di persada antarabangsa.

Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain.  Kejayaannya bukanlah dapat  dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan.  Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM100 juta.

Daripada pemerhatian beliau semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini.  Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh.  Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. 

Ramly mengembangkan perniagaannya dengan menghasilkan produk-produk lain termasuk nuggets, fritters termasuklah jejari dan bebola daging dan ayam. Jenama Ramly Burger bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di Singapore juga.

Ramly juga telah dinobatkan sebagai Usahawan Melayu Cemerlang pada tahun 2006. Beliau telah membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya walaupun dirinya tiada ijazah atau dari golongan keluarga ahli perniagaan. Bagi beliau kemahuan, tekad dan komitmen yang jitu telah membawanya ke gerbang kejayaan.

Rujukan: http://iksprofile.blogspot.com/2012/05/ramly-food-processing-sdnbhd.html

ARTICLE - Keusahawanan Sosial

Utusan Online :

Meramaikan usahawan sosial

PENDEDAHAN Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) bahawa terdapat pasar raya besar “memplagiat" produk usahawan perusahaan kecil sederhana (PKS) tidak boleh sesekali dipandang ringan. Ini menggambarkan seolah-olah pihak yang berkenaan tidak mempunyai idea yang berinovasi untuk memasarkan produk-produk yang menepati selera pelanggan. Malang sekali kerana sewajarnya perkara ini tidak berlaku dalam kalangan pasar raya besar tetapi hakikatnya demi keuntungan berlipat kali ganda untuk kepentingan diri sendiri, amalan baik dalam berniaga seperti sentiasa beretika tidak langsung dipedulikan.
Inilah dikatakan sebagai pengaruh sistem kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan perniagaan sendiri kerana berasakan mempunyai kekuatan modal. Ahli-ahli perniagaan yang kaya raya bertambah kaya, manakala ahli perniagaan yang baharu bermula “dilanggar" agar mereka ini tidak dapat “bernafas" dalam dunia perniagaan.
Yang kaya dan kuat “melanyak" yang lemah semata-mata materialistik. Malang sekali juga kerana terdapat ramai yang memuja sistem kapitalis walhal terang-terangan sistem kapitalis tidak akan menjadikan ekonomi rakyat lebih sejahtera secara holistik.
Maka, bermulalah era perniagaan sosial bagi membantu menangani permasalahan ini. Amalan kapitalis hanya mementingkan kekayaan pemegang saham secara maksimum. Cara berniaga sebegini perlu dibuang dalam kalangan ahli perniagaan Malaysia dengan meramaikan jumlah usahawan sosial.
Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Dana Perniagaan Sosial berjumlah RM20 juta di bawah Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC).
Sebenarnya, kritikan demi kritikan ke atas perniagaan yang berkiblatkan kapitalis menjadikan manusia mencari jalan penyelesaian jangka panjang. Permasalahan manusia tidak akan boleh diselesaikan dengan mengamalkan sistem kapitalis. Malahan, ia akan menjadikan kehidupan manusia lebih teruk. Kemiskinan semakin parah, kesihatan tidak bertambah baik, alam sekitar “dinodai" oleh tangan-tangan yang terlalu tamak menyebabkan manusia tidak selamat menghuni dunia ini.
Natijahnya, kekayaan dunia hanya dinikmati oleh segelintir manusia yang tidak berhati perut dan pada masa sama mengejar pengiktirafan kononnya mereka usahawan terulung. Walhal, ramai lagi manusia yang hidup dalam kemiskinan dan wajib dibantu demi kelangsungan hidup.
Perniagaan sosial berpaksikan bantuan kepada yang lemah agar mereka juga berupaya mengubah kehidupan mereka dengan lebih baik. Misalnya melibatkan isu kemiskinan yang mana ia adalah permasalahan sejagat. Bagaimana mungkin sebuah sistem yang mengagungkan kekayaan pemodal mampu membantu orang miskin, sedangkan “rohnya" hanya bersifat individualistik. Barat menaja sistem kapitalis sebagai sistem yang terbaik walhal sistem inilah yang banyak membawa keburukan kepada dunia. Inilah natijahnya jika terlalu taksub dengan idea-idea Barat sebelum dikaji dengan menyeluruh mengenai kesannya ke atas masyarakat.
Sistem Barat sendiri terdapat terlalu banyak kelemahan tetapi masih terdapat golongan yang berasakan itulah yang terbaik. Kajilah pelbagai prinsip, idea dan sistem yang digunapakai oleh Barat demi kepentingan masyarakat. Usah hanya menceduk apa sahaja yang diperkenalkan oleh Barat.
Perniagaan sosial sewajarnya bersifat kolektif demi memberi harapan besar yang mampu dicapai untuk golongan yang lemah bagi mengangkat darjat mereka ke tahap yang lebih baik. Di samping membantu golongan yang lemah, usahawan sosial juga masih mampu menjana keuntungan. Perniagaan sebegini akan memperbetulkan kedudukan ekonomi penduduk agar lebih mapan. Persoalan utama yang sewajarnya ditanam kepada usahawan sosial apakah pulangan yang perlu diberikan kepada masyarakat? Di Malaysia, terdapat ruang cukup luas untuk membantu masyarakat dalam pelbagai permasalahan sosial. Terdapat cadangan agar ahli-ahli perniagaan yang memperoleh tender dan kontrak kerajaan menyumbang kembali untuk mengembangkan Dana Perniagaan Sosial di bawah MaGIC.
Umpamanya, satu peratus daripada jumlah kontrak berkenaan. Ini bermakna pada suatu hari nanti, jumlah dana ini akan sentiasa bertambah dan ia boleh diguna kembali oleh usahawan sosial yang lain.
Setiap ahli perniagaan terutamanya yang beragama Islam perlu bertanya kembali apakah sumbangan mereka kepada masyarakat dan bukannya sekadar bertanya apakah yang mereka dapat dengan menjalankan perniagaan.
Konsep perniagaan sosial ini perlu diperluaskan dengan mengambil kira keberkatan dalam menjalankan perniagaan.
Hakikatnya, hidup sebagai orang Islam hanya semata-mata kerana beribadat kepada Allah SWT. Begitu juga, bagi usahawan sosial, amalan perniagaan yang baik bagi memperoleh keberkatan dan keredaan Allah SWT perlu diterapkan dalam setiap urusniaga perniagaan mereka. Sifat tamak dan hasad dengki serta mengambil hak orang lain perlu dibuang jauh-jauh bagi membantu golongan yang lemah.
Mereka yang berjaya pula perlu membantu ahli perniagaan yang baharu bertatih untuk memulakan perniagaan. Bantuan ini tidak semestinya dalam bentuk kewangan tetapi juga dalam bentuk bukan kewangan seperti pemantauan berterusan agar usahawan baharu ini berjaya. Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang rata-ratanya diterajui oleh orang Melayu Islam sewajarnya mencontohi konsep perniagaan sosial.
Bantulah yang lemah demi kebaikan umat Islam Malaysia dan seterusnya kebaikan itu bakal dinikmati oleh rakyat secara keseluruhannya.
PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan Pusat Pengajian Perakaunan (SOA) Kolej Perniagaan (COB) Universiti Utara Malaysia.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131115/re_03/Meramaikan-usahawan-sosial#ixzz2wpifhBUW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

ARTICLE - Developing Entrepreneurs

This issue from Bogger Economics Malaysia :

Developing Entrepreneurs: What’s Working, What’s Not

After watching the ongoing drama and tragedy in Japan this past week, it’s hard to focus on purely local concerns. It’s fairly obvious there’s been an enormous amount of damage to the country and the human toll is likely to be horrific. There’s also going to be a lot of repercussions around the region, not least with respect to disaster recovery and the future of nuclear energy.
But the Japanese are a resilient and industrious people, and I’m confident they’ll overcome this crisis, as they have many another in the past. Japan in the post-Meiji restoration era is a case in point: making the transformation from an isolationist, largely agrarian economy into a full-fledged industrial world power in under two generations is an incredible national achievement.
Which provides me a sideways segue into today’s topic – entrepreneurship. We’ve got a lot of programs here in Malaysia to help entrepreneurs, from financial to marketing to educational assistance. There’s no shortage of government programs or money being thrown at developing entrepreneurs – yet we’re hardly known as a hotbed of entrepreneurial activity. So the question is: what’s holding back entrepreneurial development in Malaysia?
And the answer is…well actually the first step is to measure the the many dimensions that make up a successful entrepreneur. Without an accurate view of what’s available against what’s needed, there’s no basis for remedial action.
That’s what a new entrepreneur development index, released last year and launched just two weeks ago, promises to give. The Global Entrepreneurship and Development Index (GEDI) combines other measures of entrepreneurship into a comprehensive overview of efforts in developing entrepreneurs (abstract):
Abstract: This paper constructs a Global Entrepreneurship and Development Index (GEDI) that captures the contextual feature of entrepreneurship across countries. We find the relationship between entrepreneurship and economic development to be mildly S-shaped not U-shaped or L- shaped. We find that the stages of development are more varied at the innovation driven stage than at either the factor driven stage or the efficiency driven stage. Implications for public policy suggest that institutions need to be strengthened before entrepreneurial resource can be fully deployed.
You can find a shorter version of the paper here.
The theoretical and empirical findings are interesting in and of themselves, but the practical pointers are just as valuable:
 
Malaysia
Global Entrepreneurial and Development Index
0.364
GEDI Rank
31
Entrepreneurial Attitudes Index
0.485
ATTI Rank
20
Entrepreneurial Activity Index
0.447
ACTI Rank
26
Entrepreneurial Aspirations Index
0.160
ASPI Rank
51
Out of the 71 countries which are measured, we’re a little above the middle of the pack in aggregate terms. But looking at the breakdown of the Aspirations index, it’s really obvious where the weaknesses lie:
 
Malaysia
Entrepreneurial Aspirations Index
0.160
New Products
0.165
New Tech
0.101
High Growth
0.075
Internationalisation
0.396
Risk Capital
0.109
Innovation, anyone?
One last point – looking at the individual components of the other indexes reveals a few more areas that could do with improvement:
  • Startup Skills (0.294)
  • Technology Sector (0.379)
  • Quality of Human Resource (0.370)
None of the above come as great surprises, though the really poor numbers in the Aspirations index do give pause for thought. But it’s always nice to have some confirmation of the received wisdom, and better yet, a way to measure and monitor progress.
Technical Notes:
Zoltán J. Ács & László Szerb, “The Global Entrepreneurship and Development Index (GEDI)”, Conference Paper, June 2010 (warning: pdf link)

INTRODUCTION

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Haiii nama saya Nur Syafiqah Binti Ismail.. Saya pelajar tahun 1, semester 2.. Saya mengambil kos Keusahawanan di Universiti Utara Malaysia.. Saya menghasilkan blog ini sebagai salah satu tugasan bagi mata pelajaran BPME2013 Kemahiran dan Gelagat Usahawan pada semeter ini.. Ikutilah perjalanan saya untuk menghasilkan blog ini.. Terima kasih kerana sudi membaca :)